Saturday, June 20, 2009

Profile hidupku

Aku n Kham adikku


Aku seorang wanita yang hidup menggunakan bantuan pacemaker. Sejak berumur 20 tahun semasa aku di Johor Bharu aku diserang viral fever, seminggu selepas demam dada ku sentiasa berdebar debar dan degupan jantung ku menjadi lambat yakni sebanyak 35 - 50beat/minute. Kepala aku akan menjadi pening badan aku akan menjadi lemah, kekadang aku akan pengsan, sesedar aku telah berada di hospital. Doktor telah mendiagnose aku sebagai viral myocarditis. Aku telah diberi makan berbagai jenis ubat tapi malangnya masih tidak membantu. Aku selalu keletihan dan tidak bermaya, apa tidaknya degupan jantung aku lemah dan lambat membuatkan kurang nya oksijen dibekal ke otak. Degupan jantungku pernah drop hingga ke 25-30/min. Untuk pengetahuan kalian aku adalah seorang jururawat pelatih (student nurse)ketika itu. Ada ketika aku pengsan tak kira dimana saja, sesedar aku dari pengsan aku terlantar di katil di hospital.Kalau masuk wad tu selalunya lama, sehingga aku tidak dapat untuk menduduki peperiksaan akhir bersama group aku dan aku terpaksa ikut junior group. Agak terkilan dan sedih bila kekawan aku meninggalkan aku setelah mereka tamat kursus tapi apakan daya takdir menentukan segalanya. Aku telah menduduki peperiksaan terakhir aku pada bulan oktober 1976 dan telah tamat pengajian aku dan mula bertugas sebagai seorang jururawat pada bulan november.
First posting aku dihantar ke Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh, alangkah kecewa aku kerana di tempat ditempat yang tidak begitu mencabar. Satu perkara yang seronok bertugas disitu adalah kami diberi cuti lebih 2minggu dan extra elaun. Tak lama aku disana dan aku minta tukar kehospital lain kerana aku takut nanti aku ketinggalan banyak perkara kerana disana takde banyak yang boleh dipelajari. Aku telah dapat transfer ke Hospital Ipoh dan ditugaskan diwad kanak-kanak. Seronok berkerja di Ipoh tapi terlalu jauh untuk aku berulang alik ke KL untuk follow up sakit jantungku, pernah aku pengsan didalam bas semasa dalam perjalanan aku ke KL untuk follow up. Dr Zainal (Cardio specialist) merekemen aku agar ditukar ke Hospital KL., aku telah membuat permohonan pertukaran dan tak lama lepas itu aku ditukarkan ke Hospital KL. Aku cuma bertugas di hospital Ipoh selama 1 tahun. Di HKL aku telah ditempatkan di dewan bedah( tempat yang aku paling suka) tapi aku tak boleh berdiri lama lama nanti aku akan pengsan kerana bila jantung aku jadi lambat(bradycardia) aku akan rasa pening dan loya dan gelap mata. Doktor menasihatkan aku supaya keluar dari dewan bedah.
Ketika ini sakit aku tak boleh dikawal lagi aku selalu keluar masuk wad, bermacam macam ubat telah diberi kepada aku tapi malangnya jantung aku tetap bradycardia, aku selalu mengambil suntikan intravenous atropin untuk mempercepatkan jantung aku. Untuk pengetahuan kalian jantung aku ni kalau berlari kuat sekali pun ia tak akan jadi cepat, itu sebab aku selalu ambil suntikan itu sendiri, nasib baik lah aku ni nurse jadi tiada masaalah untuk cucuk sendiri.
Pada tahun 1981 aku dirujukkan oleh Dr Zainal kepada seorang doktor mat saleh dari US dan aku telah diberitahu oleh doktor yang aku akan di cuba dengan temporary pacemaker yang mana ianya di masukkan catheter melalui femoral vein dan terus ke jantung. Bateri nya tergantung di luar aku tak boleh berjalan ketika itu cuma berihat dikatil sahaja. Sepanjang aku dipasang dengan temporary pacemaker aku berasa seperti disambung nyawa dan aku menjadi segar dan sihat. Selama lebih kurang 2 minggu aku menggunakan peralatan tersebut dan doktor telah menetapkan tarikh untuk memasang parmenent pacemaker pada aku